Sejenak ku fikirkan...

Setiap detik yang kita lalui, kadang2 kita xsedar, betapa berharganya untk kita hargai..kadang2 kita xsedar yang hidup ni perlukan kesedaran tuk kita fikirkan sejenak. Love, fren, family... n dri kita sendri. Masa yang pergi xkan pernah dtg kembali. Masa yang penuh dengan kenangan manis, terindah untuk kita tatapi satu hari nanti. Kisah hidup yang akan kita perdengarkan tatkala masanya sudah tiba. Mungkin mengharukan sejenak. Mungkin juga mengukir senyuman, mungkin juga buat kita terfikir kenapa dan bagaimana semuanya berlaku. Kita xpernah meminta n dipinta, tapi hakikatnya..suratan Illahi yang menakdirkan kehidupan kita di suatu sudut dunia. Yang tertulisnya suatu kisah seorang insan kerdil yang yang melalui setiap liku2 kehidupan. Kadang2 kita persoalkan keadilan, n tertanya2?? Mengapa mesti ditempuhi setiap lautan yang bergelora, mengapa mesti direntasi sungai yang deras mengalir?? Mengapa n mengapa??? Persoalan yang tak mungkin terjwab dalam akal fikiran kita. Tapi, mungkin ada sebab mengapa semua ini harus terjadi. Terciptanya manusia ini kadang kala xperlukan sebab. Malah, jawapannya xperlu dicari.. kerna yang maha Esa pasti ada jawapannya. Tanpa cabaran, n dugaan..maka tiada kejayaan. Tanpa kesedihan maka tiadalah kegembiraan. Pernah juga terdengar ungkapan manusia.. insan yang terduga itu adalah insan yang terpilih untuk diduga.. terpilihnya kerna kelayakannya untuk menempuhi setiap yg diduga. Biar pun jatuh dan bangun semula.. ia tetap diduga.. kerna Dia tahu yang selayaknya diduga adalah pilihan diriNya. Mungkin kita xsedari kita juga pilihannya untuk diduga. Dan syukur kehadratnya, kita masih mampu bernafas dan meneruskan kehidupan ini. Ramai yang rebah kerna tiada kekuatan diri. Memilih jalan yang yang difikirkan wajar pada akal fikirannya, tapi hakikatnya jalan itu penuh dengan durjana.

Setiap manusia diberi peluang memilih jalan hidupnya, tapi ada juga yang terpaksa menerima seadanya. Kehidupan ini bukan seperti epik cerita dunia. Hiburan untuk kita tatapi tatkala inginkan kerehatan minda. Yang akhirnya penuh dengan kegembiraan. Pilihan yang jawapannya sudah terpacar kegembiraan ataupun unsur2 positifnya. Ini kehidupan.. kehidupan yang tiada seorang pun insan yang bergelar manusia tahu akan penghujungnya. Sama ada gembira, atau duka.. berjaya atau kecundang tanpa nama, ataupun sekadar tiada illusi yang terfikirnya.

Kita pernah melalui saat2 remaja. Dan setiap remaja juga xkan pernah lari dari alam percintaan. Kita sering terdengar, percintaan ini penuh dengan suka duka. Malah, seksanya mungkin terasa hingga ke akhr hayat kita. Lumrah percintaan, si merpati yang terbang liar bebas di udara kadangkala cukup indah jika diapit oleh si merpati lain. Yang terbangnya sentiasa ditemani. Merentasi benua jauh pun tidak akan pernah tersoal jaraknya. Jika terpisah, tercarinya hampir sepelosok dunia agar ditemukan semula. Biarlah terpaksa mengibas sayap berhari2 lamanya, menunggu tenggelam timbul cahaya mentari setiap hari, juga pulang ke sarangnya mencari pengapitnya. Lumrah berDua.

Cinta yang lahir dari jiwa yang xpernah terjwad persoalannya begitu penuh dengan misteri. Wujudnya cukup membuatkan kita sedar betapa besarnya kuasa Illahi pada hambanya. Dengan hanya sekilas pandangan, sudah cukup menghuraikan betapa besarnya kuasanya dan bersyukurnya kita dikurniakan perasaan sebegitu rupa. Perasaan yang xkan pernah lari dari kehidupan seorang manusia. Cukup indah, namun boleh juga ku katakan cukup seksa bagi si pemiliknya. Saat2 kerinduaan melanda jiwa si pecinta, tidak terungkap dengan hanya coretan dakwat si penulis mengurainya. Ingin sentiasa bersama walau dipisah beribu batu jauhnya, tidak kurang juga hanya dengan terpisah sedinding batu sahaja. Namun hakikatnya, rindu itu tiada penawarnya jika tiada orang yang dicintai didepan mata. Bagaikan sebuah lagu yang liriknya hanya mampu difahami si penulisnya.cinta...

2 comments:

Anonymous said...

weyh ckp la ko sndiri yg tulis mende neh
ak kagum2 la sket :P

BiNg!! said...

yup..me...nape??