End....

bye...

Layang-layang...

Langit yang cerah, di hiasi layang-layang indah tenang mengikut alunan angin yang membawanya. Bebas ia bergerak ke kiri dan kanan di tiup angin senja. Semakin lama semakin jauh ia terbang meninggalkan kehijauan yang melambai-lambai pemergiannya. Cukup indah dan damai. Namun, hakikatnya, masih wujud satu hubungan yang tidak dapat memisahkan ianya dengan erti sebenar kebebasan. Kebebasan yang jika dilihat dari zahirnya. Namun jika direnung, ianya tidak pernah mengenal erti kebebasan. Di sebalik kemegahannya terbang di udara, masih lagi kelihatan seutas benang yang masih mengawalnya dari jauh. Seutas benang yang samar-samar ia kelihatan di liputi silauan cahaya senja. Yang dikawal ianya mengikut tiupan angin. Kuatnya angin berlalu pergi, maka akan jauhlah ianya bebas melihat keindahan ciptaan Illahi. Namun jika suramnya tiupan angin, beransurlah ia melayang-layang menyembah bumi. Segumpal benang ditarik dan dilepaskan mengikut rentak awan dan di pengakhirannya, rebahlah layang-layang yang selama ini disangka bebas mengemudi sayapnya di awangan. Bagaikan kehidupan yang dilalui seorang hamba yang bergelar insan. Yang hidupnya penuh dengan pantang larang ciptaan manusia.

Dalam ranjau kehidupan ku ini, aku sering tertanya-tanya di hati kecil ku. Adakah ini takdir kehidupanku untuk mengajar aku menjadi insani yang bergelar manusia. Mengenal segala erti sabar, tabah, syukur dan menghargai? Mengubah aku menjadi seseorang yang berguna? Yang dahulu kalanya putih suci kini dicemari dengan kehitaman. Warna yang mengubah hampir setaraf warnanya. Namun, masih ada lagi sisa-sisa putih yang kini bertukar warnanya menjadi kelabu. Yang perlu diputihkan kembali dengan sejumlah besar warna putih walhal hanya setitik warna hitam. Xkan berubahnya warna yang tercemar jika warna hitam itu tidak dibuang kesemuanya. Kerna warna hitam itulah punca segala-galanya. Punca segala kekotoran yang ada..

Puluhan angka kini meninggalkan belasan usia, tempat ini banyak mengubahku. Mengajar aku apa itu satu, dan pecahan kepada satu. Mengajar aku bagaimana terciptanya alunan muzik yang hanya dengan seutas tali menjadi melodi yang cukup enak didengar. Seutas tali yang jika dipetik menggetarkan bunyi yang membingitkan telinga, namun jika ditambah dengan temannya dengan petikan yang berkonsepkan irama, cukup indah. Cukup indah dengan iringan suara yang merdu hingga terciptanya sebuah lagu. Lagu yang xkan lapuk ditelan zaman. Yang bisa menghiburkan walhal wujudnya generasi baru.Erti satu...

Namun, perubahan itu xsemudah yang disangka. Kerna sesuatu benda yang paling sukar untuk berubah adalah perubahan. kebiasaan itu sudah sebati dalam jiwa yang membesar. Ku Imbaskan kembali kenangan silamku. hutan batu yang dibina manusia seringkali menjadi rumahku serta syurgaku. Meredah aku ke sana ke sini hingga ketemu jua kembali putaran jarum masa yang sentiasa berputar. Berdetik waktu saatnya yang hanya hiburan ku kenal semata-mata. Tanpa ku kenal malam siangnya. Rakan yang sentiasa disampingku kadangkala hanya illusi semata-mata bagaikan wujudnya hanyalah sebuah mimpi. Melihat mereka yang seakan-akan tidak sabar untuk mengenal dunia. Tidak sabar mencapai usia segala2nya. Yang menjadi kunci segala rantai yang dimangga. Hingga yang terlarang menjadi pengukur tahap usia seseorang insan. Namun hakikatnya, itulah sebenarnya permainan insani yang sedang rakus mengenal dunia.

Kematangan itu banyak mengajar aku semuanya. Kesan buruk baiknya. Kadangkala, aku kelihatan tersenyum ketawa melihat gelagat insani yang baru mengenal dunia. Biarlah ia. Akan sampai satu tahap kesedaran dalam dirinya. Takkan sedarnya seorang insan tanpa balasannya. Tanpa merasa apa yang dicuba. Yang termampu hanya nasihat untuk difikirkan sejenak. Terpulanglah pada pendengarnya..

Pandangan Jendelaku...

Terduduk aku di jendela. Melihat awam malam yang cukup tenang. Beraraknya ia mungkin membawa hujan dan mungkin juga hanya awam malam. Hutan yang terbentang luas melitupi bukit yang kadangkala cukup bosan untuk ku lihatnya. Terbatasnya pandangan mataku melihat keindahan ciptaan manusia. Yang satu ketika dahulu hampir setiap masa aku melihatnya. Aku kebosanan melihat benda yang hampir sama. Melalui rutin yang boleh ku baca setiap harinya. Aku inginkan kebebasan yang pernah aku miliki satu ketika dulu. Yang aku rasakan dunia ini hanya milik ku seorang sahaja. Bebas aku mengorak langkah kemana dan dimana. Bebas aku mengawal putaran masa walhal tidak pernah aku kisahkan tentang masa. Tanpa sebarang kerumitan yang mampu untuk memeningkan kepala. Bosan aku memikirkannya..

jari ku rapat menghimpit gulungan kertas adunan tembakau yang berbara. Menyedut kepulan asap dan ku lepaskan di awangan. Kepuasan yang kadang kala tidak mampu untuk aku huraikan satu persatu. Berfikir sejenak menunggu hembusan terakhir. Hati kecil ku meronta ku diamkannya. Ku menafikan niatku untuk kepuasan diri. Apalah yang mampu untuk ku lakukan. Hidup yang terikat. Bagaikan seekor kerbau yang ditambat. Yang hidupnya hanya untuk tuannya. Menjelang senja ia kembali, awal pagi ia dilibasi. Berjalan di sawah padi membajak sawah. Dan hanya rumput di jalanan menjadi kunyahan pagi.

Hati kecil ku meronta lagi. Memori lama menusuk di fikiranku. Mengimbas kembali zaman berseluar hijau berbaju putih. Indah dan tenang. Tiada beban dan rakan sentiasa bergelak sakan. Rakan-rakan yang dahulunya amat ku hargai. Berlalu ia pergi mengikut masa yang sentiasa pergi. Terkenang seawal pagi ku bangun pagi. Subuh ku nanti untuk berlalu pergi. Seawal pagi aku melangkahkan diri. Tika cahaya mentari tidak kelihatan lagi. Namun kesibukan ibu kota ini sudah sebati dengan kehidupan ini. Bas yang sentiasa ku naiki ku nantikan. Perhentian ini semakin lama semakin ramai dihuni dengan kelibat manusia yang mencari rezeki. Berasak-asak menghimpit melalui pintu yang kecil saiznya. Berdiri hampir sejam lamanya. Kadangkala kesesakan itu mengajar erti sabar dan tabah. Melihat ragam manusia yang jika dilalui tika itu punyai 1001 perasaan bencinya. Namun jika dikenang sungguh menggelikan hati. Terkenang aku kesesakkan di awal pagi. Yang kini menjadi memori di kala sepi.

Jika ku kenangkan lagi, sungguh banyak yang mampu aku tulisi dengan hati yang penuh hiba. Memori yang pergi xkan pernah kembali. Hakikat yang harus ku terima dalam hidup ini. Hidupku kini berbeza. Tiada lagi pulang lewat ke rumah, tiada lagi hiburan di kala malam menjelma, tiada lagi semuanya. Yang ada hanya peraturan dan hukuman ciptaan manusia. Terbatas aku melonjak kebebasan dunia. Semuanya lenyap dimamah usia. Berputar ia dihuni manusia yang baru mengenal dunia. Bebas tanpa ada bebannya. Aku yang kian bertambah usia melangkah ke arah satu peringkat dalam kehidupan manusia. Yang perlukan kefahaman erti tanggungjawabnya, erti berdikari serta lebih fokus dalam kehidupan.

Apakah ini pilihan hidupku yang harus ku tempuhi. Atau pilihan orang tuaku yang semakin lama semakin jauh dari pandangan mataku. Aku rindu pada mereka yang satu ketika dulu saban hari meleteri ku. Aku rindu pada leteran mu itu. Aku rindu wahai ibuku, ayahku...Semoga kau memberkati hidupku ini. Kau sentiasa ku ingati dalam doaku. Yang setiap harinya ku mohonkan keampunan dariNya. Maafkan aku jika aku bukan anak solehmu..Aku rindu padamu..

Dikala malam purnama..

Sunyi malam yang sepi,kelam..hanya kedengaran nyanyian unggas dan alunan air. Kadangkala bertiup bayu hujan mendesirkan alunan malam. Sungguh sepi. Membuatkan fikiran ku jauh melayang memikirkan seseorang yang jauh dari pandangan mata. Tertanya-tanya dihati kecil bagaimanakah dia. Rindu yang lahir dijiwa tatkala malam purnama kadangkala cukup menyeksakan. Air wajahmu yang seringkali mengukir senyuman manja serta gelak tawamu yang seringkali menjadi pengubat jiwa. Aku rindu padamu wahai sang puteri. Ingin kau hadir depanku menjadi pengubat rindu yang kian parah tanpa pengubatnya.

Apakah ini dugaan insan yang bergelar manusia pencinta? Yang diketemukan tatkala dirinya cukup benci akan erti cinta? Apakah ini yang tersurat untuk ku dikala malam hari yang dahulunya tidak pernah memikirkannya?

Inginku lelapkan mataku tapi wajahmu seringkali berlegar di fikiranku. Ku cuba berkali-kali namun suaramu pula memanggil-manggil namaku. Cukup buatku terseksa namun tak terdaya aku berkata-kata. Kadangkala, aku persoalkan pada pencipta. Mengapa harus aku melalui ini semua tika waktu lenaku? Ketika aku begitu memerlukan saat-saat ketenangan merehatkan tubuh badan yang cukup meletihkan.

Sejenak aku melayarkan fikiranku memikirkan semua persoalan. Adakah ini balasanku membiarkan dirimu yang acap kali kesunyian? Adakah ini balasanku yang seringkali mengabaikan dirimu? Adakah ini semua... Keseorangan aku memikirkan diriku yang xkeruan.

Maafkan aku jika itu kesilapanku. Bukan ku pinta untuk sedemikian rupa kerna aku punyai sebab untuknya. Bukan dayaku memberi sepenuh waktu ku untuk terus membelaimu. Bertanya khabar setiap masa dan menceritakan itu ininya. Kudratku bukan umpama perwira yang mampu berjuang setiap masa. Yang mampu muncul tatkala namanya diseru. Aku bukan begitu. Aku manusia biasa yang kurang sempurnanya. Namun ku cuba sedaya upayaku untuk mengukir kebahagian yang seringkali kau pinta. Yang seringkali kau lafazkan dalam tutur katamu.

Maafkan aku sayangku. Kadangkala aku perlukan ruang untuk diriku sendiri. Mentafsir hidupku untu renungan diriku sendiri. Bukan niatku meminggirkan dirimu. Bukan aku xmemerlukan dirimu. Cuma kadangkala, aku xmampu mendengar rintihan manusia disekelilingku yang seringkali membuatkan aku xkeruan. Bercelaru.. aku perlukan ruang untuk diriku. Untukku bernafas seketika. Aku xmampu untuk berdiri semegah yang kau sangka. Kadangkala, aku hanya mampu berdiam. Menyembunyikan diri ini yang kadangkala begitu banyak dosaku. Silapku.. aku perlukan masa untuk diriku ini agar aku mampu pulih seperti sedia kala. Maafkan aku sayangku..

Dengarlah sayangku, cukuplah ku ingin kau tahu, bahawa aku amat menyintaimu. Bukan dia tapi kamu. Usah kau risaukan pada diriku. Hatiku hanya untukmu. Sudah jauh kita melangkah mengukir kenangan yang cukup berharga bagiku. Tak mampu lagi aku berpaling arah menukar arus perjalananku. Arus kehidupan yang yang sudah jauh mengalir. Menuju ke satu tempat yang tidak ku ketahui. Yang jawapannya tidak pernah terlintas dalam bayanganku. Tidak mampu lagi aku memulakan sesuatu yang xpasti jawapannya. Cukuplah dirimu menjadi peneman setia dalam hidupku. Itu pinta ku dan ku harap itu juga pinta mu. Fahamilah aku kerna kehidupan ku ini xpernah sama dengan insan lain. Berbeza corak serta hiasannya. Ku harapkan kau mengerti. Maafkan aku wahai puteriku..

Jika kau ragui isi hatiku yang tercipta untukmu, ingatlah lafaz ini kerna aku inginkan kau tahu apa dihatiku. Kecantikkan itu bukan pencipta cinta yang ada di hati ini. Tapi kesetiaan serta kesabaranmu yang saban hari menungguku. Biarpun hatiku bukan milikmu satu ketika dulu, namun kau setia menungguku. Saban hari memohon doa agar kita dapat bersama. Air matamu yang tatkala membasahi pipimu itu, xkan ku ulangi lagi. Dan ku harap kau menjadi insan yang akan menungguku tatkala aku pulang dari keletihan satu ketika nanti. Yang bisa menunggu ku hingga lewat malammu, agar dapat menenangkan jiwamu serta lenamu..

Namun dalam kehidupan ini, jodoh pertemuan itu sentiasa ditangan tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Jika tertulisnya perpisahan di satu lembaran kehidupan, majulah kedepan wahai sayang. Cuma ku pinta satu dalam hidupmu. Inginku melihat kau memegang kejayaan yang kau seringkali impikan. Jangan biarkan alasan merajai pemikiran. Jangan kau biarkan kemalasan menjadi persoalan kejayaan orang. Tuhan itu maha kaya dan tidak pernah dia mengabaikan hamba2nya. Setiap kejayaan perlukan tuntutan usaha dan pengorbanan. Sujudmu padaNya jangan pernah kau tinggalkan. Setiap kelahiran manusia pasti terselitnya kelebihan. Mungkin hari ini kau jatuh tapi percayalah kau akan terus bangun megah satu ketika hari nanti. Carilah langkahmu untuk kau mengenali dirimu. Kerna jika kau tidak mengenali dirimu, bagaimana orang harus mengenali dirimu...

Bisikan cinta..

Hembusan nafas baru yang lahir tatkala senja menjelma, cukup menyinar kehidupan yang hampir goyah. Beraraknya awan mendung berganti awan cerah cukup menggembirakan jiwa sang pencinta. Detik2 kehidupan baru yang disulam dengan benang2 ceria banyak mengajar jiwa sang pencinta agar terus menerima cinta. Jika dahulunya berakhir sebuah diari cinta telah menutupkan hati seorang insan yang begitu setia pada jiwa yang berbeza, kini semuanya sudah berubah. Kelahiran sekuntum bunga yang semakin hari semakin mekar di laman hati jiwa pencinta kini kian harum seantaranya.

Jika dahulu benih yang terbang bebas dibawa angin semakin liar ditiup angin, namun kini telah diketemukan permukaan yang subur untuk disemai dan terus berbunga. Disiram dengan minuman kasih serta sayang..belaian dan juga kesetiaan..semakin hari semakin mekar si bunga menghirup udara cinta. Kesabaran yang sering dituntut dalam mengabdikan sebuah kehidupan seringkali menjadi tuntutan dalam setiap perjalanannya. Biarpun ribut melanda, panas terik yang cukup menyeksakan, namun semuanya adalah liku2 kehidupan yang harus ditempuhi sang pencinta. Kini sang bunga semakin mekar dalam laman jiwa si pencinta.

Terkenang jauh masa silam yang pernah menghiris hati sang pencinta. Cukup menyeksakan hingga ajal menjadi tarikan pemikiran pada waktu kalanya. Kini semuanya tinggal sejarah di satu sudut memori yang tidak mampu dilupuskan sang pencinta. Hanya doa yang mampu ditinggalkan agar semuanya sentiasa dalam keadaan tenang dan bahagia bersama laman baru kehidupannya. Kerna semuanya sudah banyak berubah dengan kehadiran bunga yang cukup tak tersangka oleh jiwa pencinta...

Memang benar jika dikatakan cinta itu indah. Saat2 terjalinnya sebuah ikatan jiwa. Namun hakikat sebenarnya, hanya sang pencinta yang merasakannya. ketabahan dan juga kesabaran menjadi kayu pengukur dalam setiap hubungan. Apatah lagi pengorbanan yang kerap kali mendesak jiwa pencinta. Jika ditanya pada ribuan jiwa, xkan pernah menyatakan cinta itu durjana. Hanya keindahan menjadi bualan awal hingga akhirnya. Namun jika diselami jiwa yang pernah terguris hatinya, cukup gerun untuk didengarnya. Tatkala bahtera yang megah belayar di lautan luas, meredah lautan yang cukup bergelora tiba2 dilibas ombak yang memecahkan hampir keseluruhan bahteranya. Dan akhirnya terkaramnya ia jauh didasar lautan yang gelap lagi sepi. Yang tidak akan mampu diterokai walau jauh diselami. Terkuburnya ia bagai tidak pernah wujud epik pelayaran merentasi lautan mengelilingi dunia ini.

Namun itu hanya sejarah yang tidak perlu diungkai. Yang berlalu biarkan ia berlalu tanpa meninggalkan kesan di sanubari. Bisikan cinta pada jiwa pencinta perlu dipeliharai. Agar tidak lagi tercoretnya sejarah dalam memori hidup ini. Sang pencinta semakin matang dalam memilih pilihan hidupnya. Yang pergi tetap akan pergi dan yang pergi pasti ada pengganti. Syukur pada Illahi kerna yang pergi digantikan dengan yang lebih bererti juga yang lebih disayangi. Mungkin cinta itu sukar untuk dilafazkan dengan kata2 juga tingkah lakunya, kerna kadangkala ujian yang perlu diterokai untuk kepastian hidup ini perlu direntasi kerna itulah yang akan disatukan dalam kehidupan. Yang akan menjadi sebuah diari yang xkan ada helaian terakhirnya dalam pencintaan...

Bersabarlah...

Bersabarlah sayang.. Arus kehidupan xselalunya tenang. Kadangkala, ianya deras jika mengalirnya rintikan hujan. Namun, jika rintikan hujan diganti dengan kemarau berpanjangan, keringnya pula bagaikan debu yang berterbangan. Bagaikan tiada kesan mengalirnya sumber minuman. Sumber kehidupan kepada jutaan makhluk tuhan. Makhuk tuhan yang sentiasa mencari cara bagaimana untuk hidup di dunia yang nyata. Kadangkala, pokok yang disangka mati itulah yang akan trus bernafas memberi sinar kehidupan kepada makhluk tuhan yang saling memerlukan. Warna kekuningan serta kelayuannya cukup untuk kita tafsirkan penghujung kehidupannya, namun dia masih mampu bertahan hingga mampu membenihkan suatu kehidupan baru. Benih yang akan bercambah dan trus membesar.

Dalam kehidupan ini, xsumanya indah. Xkan siang sepanjang masa tanpa diganti dengan kedinginan malam. Ciptaan tuhan ini terlalu sempurna untuk kita hayati dan renungi. Saban hari memerah keringat di bawah mentari panas, malamnya pula cukup tenang diulit mimpi2 indah. Memberi peluang kepada makhluk ciptaanNya berehat dan trus berkhidmat pada esok harinya. Perjalanan hidup yang diatur cukup indah dan sempurna. Begitu juga perjalanan hidup kita yang telah tercoretnya disatu lembaran coretan. Kesedihan akan diganti dengan kegembiraan. Silih berganti dan trus berganti. Yang tabah akan trus pergi, yang kecundang akan kembali pada sisiNya.

Jangan pernah menyesal dengan kehidupan. Kerna itu suma satu ketetapan. Tapi pandanglah kedepan. Jangan biarkan air matamu membasahi pipimu. Meratapi kesedihan serta penyesalan, tapi fikirlah kedepan. Masih jauh perjuangan yang perlu diteruskan. Tiada erti kalah dalam kehidupan ini. kerna hidup ini, bagaikan satu medan pentempuran. Orang yang lemah akan kecundang. Yang kuat pasti akan mara kedepan. Lumrah peperangan, akan ada kalah dan menang. Mengapa harus direnung kesedihan kekalahan. Aturkan satu susunan yang berkesan. Pemimpin yang hebat xkan pernah melafazkan kata2 suram. Malah, memberi suntikan jiwa pada pengikutnya biarpun dia hanya berseorangan. Biarpun hakikat sebenarnya, jauh erti kemenangan pada dirinya. Berkorban biar sampai ajal. Biar tuhan yang tentukan segala2nya. Usaha dan semangat adalah kunci segala pintu persoalan. Kerna itulah erti kehidupan..

Bersabarlah sayang.. walau apapun, hidup ini perlu diteruskan. Masih banyak yang harus kau renungkan. Masa yang berlalu xkan pernah datang kembali. Malah, cabaran baru sentiasa menanti. Usaplah air matamu itu. Xkan berubahnya dunia ini dengan kebasahan pipimu itu. Jangan kau sia2kan air matamu itu. Jangan kau sia2kan masamu.. jangan kau sia2kan usahamu.. jangan kau sia2kan pengorbanan orang tua mu.. Hiduplah belajar erti tabah dan sabar. Matangkanlah gerak gerimu dengan kesilapanmu. Jangan kau ulanginya walau sekalipun. Biarlah ini menjadi sejarah hitam hidupmu. Untuk kau tatapi setelah kau berjaya nanti. Agar kau tidak lupa diri...

Arah kehidupan...

Suratan takdir setiap manusia tidak akan penah sama dengan manusia lain. Takdirnya cukup berbeza. Perbezaan in cukup menduga kita sebagai insan yang bergelar makhluk yg maha esa. Dugaan yang dilalu dalam ranjau kehidupan ini cukup meletihkan. Diduga bagaikan tiada keadilan. Disaat kita xmampu lagi memikul tanggungjawab, namun diberikan lagi kepercayaan. Yang hakikatnya seharusnya dipikul juga. Kadangkala terdetik dihati kecil seorang insan, hidup ini cukup meletihkan. Apatah lagi erti kebosanan. Melalui ranjau kehidupan yang saban hari hampir sama. Dari terbukanya iris mata melihat cahaya subuh, hingga tertutupnya pandangan mata seorang manusia dibuai alam yang berbeza dari realiti. Alam fantasi yang kadangkala cukup mengindahkan dari alam kenyataan. Sehinggakan wujudnya segelintir umatnya yang ingin trus berada dialam yang indah itu.

Hati seorang insan mana yang tidak mahukan kedamaian. Ketenangan dan kadangkala keamanan. Berada disamping insan yang cukup disayangi. Dikelilingi tawa riang cahaya2 cinta. Namun masih jauh perjalanan hidup ini yang perlu dikejar. Bukan semudah yang disangka. Hidup ini seringkali menagih pengorbanan. Tanpa pengorbanan, tidak akan wujud erti pembalasan. Juga erti nikmat kehidupan. Tekanan yang dilalui cukup menyeksakan. Cukup menguji pemikiran matang dan kewarasan seseorang insan. Pernah terdetik dihati ingin berlari. Berlari jauh meninggalkan semua ciptaan. Yang dahulunya pilihan hati seorang manusia yang nekad terhadap pilihan hidupnya. Berlari jauh tanpa menoleh kebelakang. Namun, sejauh mana harusku berlari meninggalkan semua ini? Kerna suma ini tidak akan pernah pergi meninggalkan hidup ini. Semakin jauh langkahku, semakin dekat jejakku. Semakin jauh pandangan ku, semakin dekat dalam hatiku. Kemana harusku berlari. Sampai bila....

Terdiam aku membisu memikirkan hidup yang penuh dengan persoalan. Tanggungjwab yang dipikul masih terbeban dalam pemikiran. Namun, takkan ada penyesalan dalam kehidupan. Kerna sudah jauh aku kedepan mencorak kain kehidupan. Yang warnanya terdiri hitam putih kehidupan. Warnanya kadang kala malap jika dipandang sebelah mata. Namun cukup berbeza jika dipandang dengan kesempurnaan penglihatan. Hidup ini perlu diteruskan. Kesyukuran perlu wujud dalam setiap hati insan. Mengapa harus berlari kejalan yang tidak pasti arah tujunya sedangkan kita dipaksi yang sewajarnya. Mengapa harus berhenti sedangkan masih awal untuk kita melihat hasilnya. Dalam kehidupan ini, wajar kita memahami erti kesyukuran. Disaat kta berada dalam kejatuhan, bersyukurlah kerna kita mampu lagi bernafas untuk trus membetulkan kesilapan. Kesilapan yang xkan pernah lari dlm kehidupan ciptaan Illahi. Berfikirlah sejenak akan keperitan insan yang tiada arah hidupnya. Tiada pedoman dalam setiap pemikirannya. Berfikirlah sematang2nya dalam memilih jalan kehidupan. Kerna manusia hanya diberi satu peluang untuk kedepan. Dan tiada erti dalam kehidupan untuk mengayuh kebelakang. Dan jika diberi peluang kedua, hargailah sewajarnya, kerna xsemua insan diberi sebegitu rupa. Hidup ini penuh dengan cabaran. Xkan ada kejayaan tanpa cabaran. Xkan ada kegembiraan tanpa pengorbanan.

Jangan ditanya pengorbanan orang, tanya pengorbanan didada jika itu yang kita mahukan. Jangan ditanya kesenangan yang diperoleh, tanyalah bagaimana dia memperoleh kesenangan. Keringat ibunda dan ayahanda perlu dikenang. Restu dan doanya biar menyuluh jalan kehdupan agar kita tidak kesesatan. Panjatkanlah rasa syukur terhadapNya jika kita melanda resah dan rebah. Jangan didengar desiran angin yang berlalu di pendengaran, kerna xsemuanya datang dari kebaikan.Fikirlah...